BEKAS Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akan dibicarakan atas 17 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram bermula 1 April tahun depan.
Perkara itu dimaklumkan pendakwa raya Allan Suman Pillai berdasarkan laporan FMT.
Difahamkan, tarikh berikutnya perbicaraan CBT dan Pengubahan wang haram bernilai RM3.65 juta hadapan hakim mahkamah sesyen Rozilah Salleh juga sudah ditentukan pada Jun, Julai dan Ogos.
“Tarikh dipersetujui ketika kes itu disebut di hadapan Rozilah hari ini,” katanya dipetik laporan itu.
Pada 19 Okt 2019, Nasharudin yang merupakan Ahli Bachok dari 2008 hingga 2018 berdepan 33 pertuduhan pengubahan wang dan CBT berjumlah RM4 juta.
Awal bulan lalu, dia dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dari 16 tuduhan CBT membabitkan penerimaan tidak jujur RM321,273.80 sebagai gaji kerana menjadi pengerusi Yayasan Nassar antara 2015 dan 2018.
Bagaimanapun, beliau akan dibicarakan atas 14 pertuduhan CBT dan tiga pengubahan wang haram membabitkan RM3.65 juta.
![]() |
Berdepan 14 tuduhan CBT dan 3 AML |
Nasharudin dilapor pernah menemani bekas perdana menteri itu dalam lawatannya ke Gaza di Palestin.
0 Comments