Warganet puji Anwar ziarah ibu Najib


PRESIDEN
Parti Keadilan rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu melalui perkongsian di laman Facebooknya.

Turut bersama Anwar ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan AZizah Wan Ismail.

"Saya dan Dr Wan Azizah sempat menziarahi bonda kepada Datuk Seri Najib Razak petang tadi yang kurang sihat.

"Mendoakan agar bonda beliau lekas sembuh dan kembali diberi kekuatan, insyallah," tulisnyasambil berkongsikan foto bersama Najib.

Wajar jadi tauladan

Perkongsian Anwar itu mendapat pujian warganet, Ketua Pembangkang itu menurut mereka sanggup mengetepikan perbezaan politik bagi nilai kemanusiaan.

 Anwar  melawat Tun Rahah di Prince Court
"Walaupun pandangan politik berbeza, tetapi dari pandangan kemanusiaan, baik hati dan prihatin tu kualiti yang sepatutnya ada pada setiap unsan," kata Poon SiongAng.

"Inilah pemimpin sebenar. Sentiasa berlapang dada," kata Malikfaishal Ahmad pula.

Padusi Minang pula dalam ruangan komen berkata, sikap ditunjukkan Anwar dan Dr Wan Azizah wajar dijadikan tauladan.

Warganet puji sikap ditunjukkan Anwar
"DSAI dan DSWA telah membuktikan bahawa  mereka bukan pendendam dan tak hidup untuk dipuji dan tak mati bila dicaci," katanya.

"DSAI dan DSWA.. mmg sosok pemimpin utk Malaysia.. anak muda.. contohilah..," tambah Aminuddin Sujai.
 
Difahamkan, beberapa pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah

Sementara itu,  Najib melalui statusnya di Facebook merakam ucapan terima kasih kepada para pemimpin atas kesudian menziarahi bonda beliau.

“Bonda kurang sihat. Ramai yang datang menziarahi bonda di hospital.

“Saya minta saudara-saudari tolong doakan agar bonda diberi kekuatan dan sembuh. Ini tempoh yang amat sukar dan merisaukan kami sekeluarga, ” tulisnya.

Post a Comment

0 Comments