Lepas Biden, Muhyiddin pula mahu disuntik vaksin


PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhyiddin Yassin mahu menjadi individuterawal menerima suntikan vaksin Covid-19 apabila bekalannya tiba di negara ini kelak.

Dipetik laporan Bernama, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, langkah itu bagi meyakinkan rakyat bahawa suntikan vaksin tersebut adalah selamat.

Walau bagaimanapun, difahamkan Muhyiddin tidak bercadang menjadi individu pertama yang menerima suntikan tersebut.

BACA:
Ahli parlimen KEADILAN tawar diri disuntik Vaksin Covid-19
 
Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin sebelum ini menawarkan diri sebagai bahan uji vaksin Covid-19 di Malaysia  dengan menjadi individu pertama disuntik vaksin yang dijangka diterima seawal Febuari depan.

"Saya menawarkan (menjadi) orang pertama disuntik vaksin (Covid-19) itu, kalau ada. Saya tidak takut, saya mahu sihat

Selain Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Pasir Gudang dari KEADILAN, Hassan Karim baru-baru ini turut menawarkan diri untuk menjadi orang pertama dalam kawasan Parlimennya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.


Difahamkan, vaksin yang akan diterima Malaysia akan digunakan kepada petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.

Beberapa negara sudah mula menerima bekalan vaksin Covid-19, termasuk negara jiran Indonesia.

BACA:
Jokowi bakal penerima pertama vaksin Covid-19 di Indonesia
 
Malah Presidennya, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan akan menjadi individu pertama di republik berkenaan yang akan disuntik dengan vaksinberkenaan.

"Saya secara peribadi akan menjadi penerima pertama (vaksin ini) bagi meyakinkan penduduk bahawa vaksin yang digunakan adalah selamat," kata Jokowi melalui  satu perkongsian video di akaun Twitternya

Sementara itu di Amerika Syarikat (AS), presiden yang baru dipilih, Joe Biden, menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Christiana di Newark, Delaware.

Suntikan vaksin pada Biden disiarkan di televisyen


Lebih menarik, proses suntikan vaksin kepada pemimpin berusia 78 tahun itu turut disiar secara langsung di televisyen negara ini.


Untuk rekod, Biden berusaha mengajak rakyat negara itu melawan pendemik tersebut dengan menerima suntikan vaksin dan pada masa yang sama mahu rakyat terus memakai pelitup muka dan mematuhi nasihat pakar.