PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan menjadi individu pertama di republik berkenaan yang akan disuntik vaksin Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan sendiri Jokowi melalui satu perkongsian video di akaun Twitternya.
"Saya secara peribadi akan menjadi penerima pertama (vaksin ini) bagi meyakinkan penduduk bahawa vaksin yang digunakan adalah selamat.
"Tidak ada alasan orang ramai tidak mendapatkan vaksin itu atau meragui keselamatannya," katanya," katanya.
Presiden ke-7 republik itu juga turut mengumumkan bahawa vaksin tersebut akan diberi percuma kepada semua warga Indonesia.
Jelasnya keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk kemampuan kewangan republik itu.
"Selepas menerima maklum balas daripada penduduk dan selepas melakukan perkiraan semula mengenai tabung negara, saya dapat umumkan bahawa vaksin Covid-19 akan diberikan kepada warga negara ini secara percuma. Tiada bayaran dan yuran akan dikenakan.
"Justeru, kita mengarahkan semua anggota Kabinet, kementerian, agensi dan pemerintah daerah untuk mengutamakan vaksinasi dalam belanjawan 2021 mereka.
"Kita juga mengarahkan Menteri Kewangan mengutamakan dan memperuntukkan semula perbelanjaan lain bagi memastikan vaksin percuma ini sedia ditawarkan supaya tidak ada alasan bagi penduduk tidak menerima suntikan vaksin," tegas Jokowi
Indonesia sudah menandatangani perjanjian bagi mendapatkan 350 juta dos vaksin dari beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa termasuk AstraZeneca dan Sinovac.
Ia bagaimanapun tidak mencukupi untuk menampung keperluan 270 juta penduduknya memandangkan ia memerlukan dua dos bagi setiap individu.
Indonesia dijangka menerima penghantaran pertama sebanyak 1.2 juta dos vaksin dari Sinovac bulan ini, diikuti 1.8 juta dos lagi pada Januari 2021.

![]() |
Jokowi umum suntikan percuma untuk semua |

0 Comments