MENTERI BESAR Selangor yakin Presiden Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) mampu menerajui pembangkang dalam menghadapi persaingan politik negara.
Dalam satu kenyataan media, Amirudin Shari menggesa semua pihak dalam blok pembangkang supaya menjadikan iltizam Anwar sebagai teladan dalam menyusun semula kekuatan mereka.
"Saya yakin kepimpinan Anwar Ibrahim selaku presiden KEADILAN, pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) dan ketua pembangkang mampu menerajui kekuatan demokratik ini bagi mencapai kejayaan menerapkan agenda reformasi.
"Sewajarnya iltizam Anwar Ibrahim menjadi teladan kepada kita semua untuk terus menggembleng usaha dan buah fikiran bagi memperkuatkan ketumbukan pro-demokrasi yang merangkumi parti-parti politik dan segenap pertubuhan masyarakat madani," katanya.
"Justeru, jangan sesekali kita mengeluh dan jangan abaikan matlamat perjuangan bersama. Pertingkatkan usaha demi agenda reformasi," katanya.
Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen turut tampil menegaskan bahawa Anwar merupakan individu paling layak dan diyakini untuk menerajui blok pembangkangbagi berhadapan kerajaan lemah Perikatan Nasional (PN).
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ketokohan Anwar tetap unggul malah beliau mendapat sokongan padu daripada Ahli Parlimen HARAPAN.
Menurutnya, Anwar juga merupakan individu paling layak dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.
"Setakat ini, Anwar paling layak menerajui negara. Saya rasa semua Ahli Parlimen HARAPAN masih berpandangan begitu dan terbukti dalam satu sesi perbincangan tertutup diadakan dua minggu lalu Ahli Parlimen HARAPAN menzahirkan sokongan padu pada Anwar," katanya.
Seorang lagi Ahli Parlimen, Hassan Karim (HARAPAN - Pasir Gudang) turut berpandangan sama.

![]() |
Usaha reformasi perlu ditingkatkan |
Malah tegasnya Anwar wajar diangkat sebagai calon perdana menteri gahungan besar HARAPAN dan parti-parti pembangkang lain.
Sebagai rekod, HARAPAN menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu kembali berkuasa, namun cadangan itu tidak mendapat kerjasama dari bekas Pengerusi parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Dr Mahathir mencadangkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Shafie Apdal sebagai calon itu setelah Anwar dan KEADILAN menolak usaha Ahli Parlimen Langkawi itu untuk sekali lagi dilantik menjadi Perdana Menteri.
0 Comments