AHLI PARLIMEN Pasir Gudang dari parti KEADILAN, Hassan Abdul Karim menawarkan diri untuk menjadi orang pertama di kawasan parlimennya menerima vaksin Covid-19.
Melalui muatnaik di laman Facebooknya, Hassan berkata bahawa langkah itu bagi meyakinkan rakyat bahawa pengambilan vaksin tersebut adalah selamat.
“Tujuan saya membuat pengisytiharan ini untuk memberi keyakinan kepada rakyat di Pasir Gudang, di Johor dan di seluruh Malaysia bahawa vaksin yang akan digunakan dalam program suntikan kelolalan Kementerian Kesihatan adalah selamat.
“Bersama-samalah kita perangi pandemik Covid-19 ini untuk kita mendapatkan kembali kebebasan, kemerdekaan dan cara hidup kita sebagai masyarakat yang bermaruah,” tulisnya.
Selain Hassan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin ada menawar diri menjadi rakyat Malaysia pertama diuji dengan vaksin itu.
“Saya menawarkan orang pertama untuk uji vaksin ini, kalau ada. Saya tidak takut sebab saya mahu sihat,” katanya di Dewan Rakyat pada 9 Dis lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, media melaporkan bahawa Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) akan menjadi individu pertama di republik berkenaan yang akan disuntik vaksin Covid-19.
Dalam siaran video di laman Twitternya, Jokowi berkata bahawa beliau mahu membuktikan kepada rakyat republik itu bahawa vaksin itu selamat dan tiada alasan untuk rakyat tidak mengambilnya.
Jokowi turut memaklumkan bahawa kerajaan republik itu turut memutuskan untuk memberi vaksin tersebut secara percuma kepada rakyatnya.
menurut Jokowi, republik itu telah menandatangani perjanjian bagi mendapatkan 350 juta dos vaksin dari beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa termasuk AstraZeneca dan Sinovac.
Walau bagaimanapun, mereka sedang berusaha mendapatkan dos tambahan kerana dos yang ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan 270 juta penduduknya memandangkan ia memerlukan dua dos bagi setiap individu.
Manakala kerajaan Malaysia pula difahamkan telah menandatangani perjanjian dengan Pfizer dan Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX) bulan lalu untuk mendapatkan vaksin untuk 30% penduduk negara.
Melalui muatnaik di laman Facebooknya, Hassan berkata bahawa langkah itu bagi meyakinkan rakyat bahawa pengambilan vaksin tersebut adalah selamat.
“Tujuan saya membuat pengisytiharan ini untuk memberi keyakinan kepada rakyat di Pasir Gudang, di Johor dan di seluruh Malaysia bahawa vaksin yang akan digunakan dalam program suntikan kelolalan Kementerian Kesihatan adalah selamat.
“Bersama-samalah kita perangi pandemik Covid-19 ini untuk kita mendapatkan kembali kebebasan, kemerdekaan dan cara hidup kita sebagai masyarakat yang bermaruah,” tulisnya.
Selain Hassan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin ada menawar diri menjadi rakyat Malaysia pertama diuji dengan vaksin itu.
“Saya menawarkan orang pertama untuk uji vaksin ini, kalau ada. Saya tidak takut sebab saya mahu sihat,” katanya di Dewan Rakyat pada 9 Dis lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, media melaporkan bahawa Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) akan menjadi individu pertama di republik berkenaan yang akan disuntik vaksin Covid-19.
Dalam siaran video di laman Twitternya, Jokowi berkata bahawa beliau mahu membuktikan kepada rakyat republik itu bahawa vaksin itu selamat dan tiada alasan untuk rakyat tidak mengambilnya.
Jokowi turut memaklumkan bahawa kerajaan republik itu turut memutuskan untuk memberi vaksin tersebut secara percuma kepada rakyatnya.
menurut Jokowi, republik itu telah menandatangani perjanjian bagi mendapatkan 350 juta dos vaksin dari beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa termasuk AstraZeneca dan Sinovac.
![]() |
Hassan Karim tawar diri disuntik Vaksin |

0 Comments