Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 Febuari depan sebagai tarikh keputusan berhubung sembilan pertuduhan rasuah terhadap bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Samad.
Tarikh itu diputuskan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali setelah mendengar hujah lisan oleh pihak pembelaan dan pendakwaan di mahkamah terbuka hari ini.
Mohd Isa, 71, berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid Md Arip, bekas pegawai khas politik Mohd Isa.
Ia sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada RM160 juta.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.
![]() |
Isa berdepan sembilan tuduhan terima rasuah |
Pada 3 September lalu, pihak pembelaan menutup kes setelah memanggil enam saksi untuk memberikan keterangan, hari ini merupakan hari terakhir hujahan lisan bagi pihak pembelaan.
0 Comments