DUA gerabak monorel terbakar di Stesen Monorel Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral hari ini.
Memetik laporan Bernama, kejadian jam 7.15 pagi itu menyebabkan perkhidmatan tren tergendala, walau bagaimanapun tiada kecederaan dilapor.
Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba Mohamad Iqbal Zakaria berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 7.27 pagi.
Susulan itu, lima jentera bersama 21 anggota telah dikejarkan ke lokasi.
"Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 8.56 pagi. Kesemua penumpang dikeluarkan dari gerabak oleh petugas Stesen Monorel Jalan Maharajalela sebelum bomba sampai,” katanya dipetik laporan itu.
Beliau berkata pemandu gerabak berkenaan dikatakan mendengar bunyi letupan ketika bergerak menuju ke Stesen Monorel Jalan Maharajalela.
![]() |
Tiada individu dilapor cedera |
Menurut Iqbal,punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad menerusi kenyataan menjelaskan satu daripada 64 tayar yang digunakan oleh tren empat gerabak itu meletup dan terbakar, dipercayai kerana tekanan angin tayar yang rendah.
0 Comments