Jalan Raub-Bukit Fraser tutup sementara


JALAN Raub-Bukit Fraser ditutup sepenuhnya ekoran kejadian runtuhan bongkah batu.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrulnizam Nasir yang dipetik laporan Bernama berkata, runtuhan itu dipercayai berlaku kira-kira jam 5.50 pagi tadi.

Ia jelasnya telah menghalang sepenuhnya laluan tersebut.
 
"Kejadian mungkin disebabkan faktor hujan sejak tiga hari lalu. Malah, sebelum kejadian pagi tadi beberapa insiden pokok tumbang dilaporkan berlaku di lokasi sama sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Shahrulnizam berkata beliau difahamkan Jabatan Kerja Raya sedang membuat penilaian mengenai kaedah terbaik untuk mengalihkan bongkah batu tersebut memandangkan saiz yang terlalu besar.

Pengguna di saran guna laluan alternatif
Bongkah itu dilapor tidak boleh dialih dengan menggunakan jentera biasa.

Susulan penutupan laluan itu, mereka yang ingin ke destinasi pelancongan Bukit Fraser perlu menggunakan jalan alternatif buat masa ini, iaitu melalui Kuala Kubu Bharu, Selangor.

 

Post a Comment

0 Comments