NOTIS tuntutan undang-undang terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan mengaitkan Tamrin Ghafar dengan projek rundingan langsung stesen pemindahan sisa pepejal telah dihantar.
Perkara itu dimaklumkan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Satu notis tuntutan atau notice of demand bertarikh 13hb Oktober 2020 telah di hantar oleh peguam saya, Ram Karpal Singh dari Tetuan Karpal Singh & Company kepada Zuraida.
"Notis tuntutan tersebut telah diakui terima oleh setiausaha politik beliau pada 14 Oktober 2020," kata Tamrin pada satu kenyataan hari ini.
Notis tuntutan serupa juga jelasnya turut dihantar kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, beberapa "blogger" dan pihak lain yang didakwa telah mencemarkan nama baiknya, termasuklah Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Aziz Yassin.
"Saya akan teruskan tindakan undang-undang terhadap mereka jika sekiranya mereka gagal memenuhi tuntutan saya.
"Saya bersedia bekerjasama dengan polis dan SPRM jika diperlukan,” kata Tamrin.Tamrin hantar tuntutan terhadap Zuraida
Zuraida pada 28 Ogos lalu membuat dakwaan yang mengambarkan persepsi jahat bahawa Tamrin sebagai penasihat Bumi Segar Indah memperolehi projek sisa pepejal itu setelah secara langsung berunding terus dengan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.
Ahli parlimen Ampang itu mendakwa Lim telah menasihati Bumi Segar Indah untuk menghantar cadangan formal dan akhirnya menyetujui projek itu melalui surat bertarikh 20 Februari 2019.
Susulan kenyataan Zuraida itu, Tamrin akhirnya mendedahkan bahawa projek berkenaan telah diberikan melalui rundingan terus semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2017 dan menteri yang bertanggungjawab ketika itu ialah Mohd Noh Omar.
BACA: Tamrin Ghafar tempelak kenyataan Zuraida
BACA: Projek 'runding terus': Tamrin saman Zuraida
Projek pemindahan sisa pepejal adalah antara 101 projek rundingan langsung yang didakwa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz telah diluluskan oleh kerajaan HARAPAN
Bagaimanapun, sebahagian besar projek dalam senarai yang didedahkan itu ebenarnya merupakan projek yang diluluskan semasa pemerintahan BN di Putrajaya.
0 Comments