SEORANG anggota polis maut manakala rakan setugas cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Tebrau, Johor Bahru jam 6.24 pagi tadi.
kemalangan itu dipercayai berlaku ketika dua anggota itu yang menaikkereta peronda (MPV) mengejar dua suspek penjenayah yang menaiki sebuh kenderaan jenis Myvi.
Memetik laporan berita, tiba di tempat kejadian, MPV dinaiki anggota terbabit bergesel dengan kenderaan suspek sebelum bertembung dengan Perodua Aruz dinaiki orang awam.
MPV tersebut kemudian terbalik dan mengakibatkan seorang anggota yang berada di tempat duduk hadapan penumpang maut di lokasi kejadian, manakala rakan setugas yang memandu kenderaan terbabit mengalami kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.
"Turut cedera, dua lelaki iaitu pemandu dan penumpang kenderaan Perodua Aruz,"katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurut Saiful Bahri, anggota polis yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
kemalangan itu dipercayai berlaku ketika dua anggota itu yang menaikkereta peronda (MPV) mengejar dua suspek penjenayah yang menaiki sebuh kenderaan jenis Myvi.
Memetik laporan berita, tiba di tempat kejadian, MPV dinaiki anggota terbabit bergesel dengan kenderaan suspek sebelum bertembung dengan Perodua Aruz dinaiki orang awam.
MPV tersebut kemudian terbalik dan mengakibatkan seorang anggota yang berada di tempat duduk hadapan penumpang maut di lokasi kejadian, manakala rakan setugas yang memandu kenderaan terbabit mengalami kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke HSI |

0 Comments