SEORANG Ahli Parlimen menegaskan bahawa peningkatan kes Covid-19 dikalangan penghuni penjara telah menunjukkan kepentingan pusat tahanan itu perlu ditambah baik.
Nurul Izzah Anwar (HARAPAN- Permatang Pauh) memberi pandangan itu ketika bercakap dalam webinar Zoom yang bertajuk "Bersuara untuk mereka yang tidak dapat bersuara: Penduduk Rentan dan Covid-19" yang dihoskan oleh pertubuhan pengamal perubatan dan undang-undang, Medico-Legal Society of Malaysia (MLSM) semalam.
"Penjara telah menjadi bom jangka kesihatan selama bertahun-tahun. Tidak mengejutkan apabila kita melihat betapa cepatnya penyebaran (dari Covid-19) di sebalik jeriji besi,” katanya dalam temubual itu.
Beliau sebelumnya mengimbas aduan dibuat kumpulan hak asasi manusia sebelum ini mengenai keadaan kebersihan dan hal-hal berkaitan kesihatan di pusat-pusat tahanan di Malaysia juga amaran pakar bahawa jika tempat-tempat seperti itu tidak diperbaiki, ia boleh menjadi pusat pembiakan penyakit dan penularan wabak.
Sementara itu jelasnya, beliau sebelum ini dimaklumkan bahawa Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang akan datang akan merangkumi proses menaik taraf depot imigresen di seluruh negara.
Bagaimanapun, memandangkan keadaan baru-baru ini, beliau bimbang rancangan itu mungkin akan dikesampingkan.
"Masih perlu dilihat apakah ia akan muncul kembali pada sidang parlimen akan datang tetapi saya fikir kejadian-kejadian (kluster penjara) telah menunjukkan dengan jelas pentingnya menaik taraf pusat tahanan," tegasnya.
Pada 27 Oktober, separuh daripada semua yang diuji di penjara Kepayan di Sabah ternyata positif dan pada 28 Oktober, ada 1,566 kes dari kluster penjara Kepayan, katanya.
Pada sidang parlimen terakhir Julai lalu, beberapa ahli parlimen telah meminta Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin untuk memastikan penjara dilindungi dengan sewajarnya daripada jangkitan wabak.
"Kami diyakinkan berkali-kali bahawa terdapat prosedur operasi standard (SOP) namun lihatlah di mana kita sekarang," katanya.
Nurul Izzah gesa tambah baik kemudahan |
"Terdedah kepada virus berbahaya tidak pernah menjadi sebahagian dari hukuman mereka," katanya lagi.
0 Comments