KERAJAAN Persekutuan digesa bertindak segera bagi menyelamatkan pekerjaan dalam sektor profesional
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dipetik laporan FMT berkata, program subsidi upah (PSU) perlu diperluas lagi kepada golongan berpendapatan lebih RM4,000 sebulan susulan pendedahan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bahawa kategori profesional mengalami kehilangan pekerjaan paling banyak tahun ini, dengan 23,022 kes dilaporkan.
Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan ketika membuat gesaan itu berkata, PSU dan program pengekalan pekerjaan (ERP) yang dihentikan hanya diberikan kepada pekerja berpendapatan RM4,000 dan ke bawah setiap bulan.
“Pekerja berpendapatan lebih RM4,000 juga menyumbang kepada sistem insurans pekerjaan (SIP), tetapi ia nampak sedikit tidak adil bagi mereka dengan dikecualikan daripada skim berkenaan hanya kerana pendapatan melebihi RM4,00.
“Kebanyakan syarikat mahu mengurangkan kos, bukan untuk meningkatkan keuntungan tetapi cuma bertahan dalam tempoh mencabar ini,” katanya dipetik sebahagian laporan itu.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Mohammed Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan 89,596 kes kehilangan pekerjaan sehingga 22 Oktober, dengan purata hampir 10,000 kes setiap bulan.
Pengangguran meningkat jika tak ditangani |
“Dari segi pekerjaan, kategori profesional merupakan yang paling terkesan, dengan 23,022 (26%) kes dilaporkan, diikuti pekerjaan teknikal 17,240 (19%) kes dan jawatan pengurusan 11,762 (13%) kes,” kata Azman.
Shamsuddin turut memberi amaran bahawa sekiranya isu dihadapi syarikat-syarikat dan perniagaan tidak dapat ditangani, ia akan
0 Comments