HARAPAN bawa enam usul dalam pertemuan bersama Zafrul


MASIH
terlalu awal untuk Pakatan Harapan untuk membuat andaian sama ada sama ada pembangkang akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentang Muhyiddin Yassin di Parlimen pada jumaat depan.

Demikian tegas Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai mengulas pertemuan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) bersama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini

Menurut Saifuddin, pertemuan siang tadi merupakan rundingan pertama bagi memastikan Belanjawan itu dapat memberi manfaat sebaiknya kepada rakyat sekaligus disokong.
 
“Ia satu proses. Di pihak kita, kita sampaikan pandangan. Ini baru memulakan langkah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan berkenaan di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Selain Saifuddin,  lebih 10 pemimpin HARAPAN turut menghadiri mesyuarat selama kira-kira dua jam itu. Antaranya Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Wong Chen (Subang), Tony Pua (Damansara) dan Ong Kian Ming (Bangi).

Kehadiran mereka susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Ahli Parlimen agar mengutamakan kebajikan rakyat dengan memastikan Belanjawan2-21 dapat disokong.

Sebelum ini, banyak pihak termasuk ahli ekonomi dan Akademik telah mendesak supaya Muhyiddin mengadakan perbincangan mengenai Belanjawan bersama Ketua Pembangkang, DatuK Seri Anwar Ibrahim.

Malah Anwar sendiri membuat kenyataan bahawa perbincangan antara biparti dimulakan segera.

Sementara itu, Saifuddin turut menjelaskan bahawa HARAPAN membawa secara khusus enam cadangan kepada Zafrul berhubung Belanjawan 2021.

Masih terlalu awal untuk setuju belanjawan PN
Antaranya, untuk meningkatkan peruntukan buat Covid-19 dan penyakit tidak berjangkit serta memperkasa perlindungan sosial buat golongan berisiko.

Selain itu, mereka turut mendesak agar lanjutan moratorium dan subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021.

Tidak ketinggalan, mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan yang menyediakan insentif untuk tempoh dua tahun kepada majikan dan pekerja berharga RM13 bilion.

“Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan dan perbelanjaan pembangunan untuk dua projek utama, iaitu, pelan gentian optik dan saling hubung negara, dan menaik taraf infrastruktur air untuk Selangor, Kelantan dan Pahang,” katanya.

 
 

Post a Comment

0 Comments