1000 pesakit Covid-19 pulih hari ini.


KEMENTERIAN
Kesihatan memaklumkan terdapat 659 kes baru berkaitan Covid-19 dilaporkan setakat jam 12:00 tengah hari ini.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 659 kes baru itu, terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Bangladesh yang melibatkan bukan warganegara.

Tambahnya, Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 529 jangkitan, diikuti Selangor (55, termasuk 1 kes import), Negeri Sembilan (25) dan Labuan (12).

Katanya, negeri lain yang turut merekodkan kes baru ialah Kuala Lumpur (11), Sarawak (9), Perak (6), Putrajaya (4), Kedah (2), Pulau Pinang (2), Terengganu (2), Pahang (1) dan Kelantan (1).

Sementara tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Perlis tidak mencatatkan kes baru.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 31,548 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,051 kes," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Malaysia mencatat kes sembuh tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,000 kes.

83 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 19 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh tertinggi direkodkan
Tiada kematian dan tiada pertambahan kluster baru hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments