Trump, presiden AS sepenggal sejak 1990-an



SEPERTI mana dijangka, Donald Trump akhirnya tersingkir sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) setelah tewas dalam pilihan raya presiden negara itu.

Calon Demokrat, Joe Biden,77, menang pilihan raya itu setelah memperoleh 290 undi elektoral manakala Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.

Agensi berita asing melaporkan, kerusi terakhir dimenangi Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.

Keputusan itu menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.

Biden dalam kempen bertema 'A Battle for the Soul of the Nation' sebelum ini berjanji untuk menyatukan semula rakyat AS yang menurutnya berpecah dibawah pemerintahan Trump.

kekalahan Trump dianggap berpunca dari penolakan berjuta-juta pengundi dari pelbagai latar belakang dan kaum terhadap tingkah laku trump ketika pemerintahannya.

Trump kalah teruk
Sebagai rekod, Trump,74, merupakan presiden terpilih ketiga yang kalah dalam pemilihan semula sejak Perang Dunia II dan pertama sejak 1990-an.  

Sementara itu melalui laman Twitternya, beliau berkata  "berbesar hati dan berasa rendah diri" kerana dipilih sebagai Presiden ke-46 negara itu.

Post a Comment

0 Comments