Helikopter terhempas di Ampang, 2 juruterbang maut

 


DUA juruterbang helikopter maut helikopter dinaiki mereka terhenpas di Taman Melawati dekat AMpang tenghari tadi.

Ketika kejadian, helikopter milik My Heli Club itu difahamkan sedang membuat penerbangan ujian bersama sebuah lagi helikopter sebelum keduanya bertembung di udara.
 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.46 pagi.

"Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas.

"Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

"Dua mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah," katanya dalam satu kenyataan.

2 Maut manakala 2 lagi selamat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa yang maut adalah Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44.

Menurutnya, dua lagi penumpang yang selamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51.

Sementara itu jelasnya, punca kemalangan membabitkan dua helikopter akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Post a Comment

0 Comments