Belanjawan PN tak penuhi cadangan HARAPAN


BELANJAWAN
dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu tidak memenuhi 6 cadangan dikemuka Pakatan Harapan (HARAPAN).

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Belanjawan oleh Kerajaan Perikatan Nasional itu disifatkkannya hanya “unjuran tidak realistik, separuh langkah kewangan dan pemberian politik”.

Justeru, beliau mendesak PN mengadakan lebih banyak perbincangan bersama pihak pembangkang sekiranya mahu “Belanjawan Perpaduan”  itu diluluskan.

“Jika kerajaan serius untuk meluluskan ‘Belanjawan Perpaduan’, perbincangan lebih lanjut perlu diadakan dengan pembangkang dan penyokong kerajaan mengenai cadangan alternatif dan pindaan Belanjawan 2021 dari sekarang hingga 25 November, apabila undi di peringkat dasar akan berlangsung di Parlimen,” katanya.

Terdahulu Lim berkata, tidak akan ada “Belanjawan Perpaduan” jika salah 1 daripada 6 langkah utama dicadangkan HARAPAN ditolak.

Beliau turut berkata beberapa cadangan utama terutama lanjutan moratorium pinjaman bank, yang berakhir pada September tidak dimasukkan dalam belanjawan dibentangkan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan itu membuat desakan supaya peruntukan RM85.5 juta diberikan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang didakwa menjalankan propaganda untuk kerajaan ditarik semula.

Lim gesa tarik semula peruntukan JASA
Beliau juga meminta pembayaran tunai langsung kepada keluarga dan individu kategori B40 dan M40 ditingkatkan serta Program Subsidi Upah dilanjutkan.

Setiausaha AGung DAP itu turut menentang “pemotongan mengejut dan kejam” dalam belanjawan Kementerian Kesihatan yang dilapor merangkumi pengurangan sebanyak 74% untuk farmasi dan bekalan.

Post a Comment

0 Comments