PKPB: Pertimbang juga mata pencarian rakyat , kata Lim Kit Siang


AHLI PARLIMEN  Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa kerajaan persekutuan mempertimbangkan kembali keputusan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di lebih banyak negeri dan wilayah.

Dipetik laporan Malaysiakini, Lim berpandangan bahawa harus ada keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan menyelamatkan mata pencarian rakyat, kerana menurutnya ada mukim yang dikenakan PKPB mempunyai kes Covid-19 yang dilaporkan rendah atau tiada sama sekali.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memberi contoh di negeri Johor dimana tiga daerah di negeri itu iaitu Mersing, Segamat dan Batu Pahat dilabel sebagai "zon hijau" (tidak ada kes Covid-19 yang dilaporkan selama 14 hari terakhir) oleh Kementerian Kesihatan.

Manakala hanya ada satu daerah dengan lebih dari 40 kes, atau diklasifikasikan sebagai "zon merah".

"Kerajaan harus mempertimbangkan kembali keputusan untuk mengenakan PKPB....mengambil kira pengajaran dari sepuluh bulan terakhir memerangi pandemik Covid-19 dengan fleksibiliti yang lebih baik.

"(Tujuannya adalah) untuk membolehkan rakyat Malaysia meneruskan hidup di samping kewujudan virus ini tanpa merosakkan mata pencarian dan harapan pemulihan ekonomi negara," katanya.

Putrajaya semalam memutuskan untuk mengenakan semula PKPB di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Perak, Kedah dan Terengganu untuk menghadkan pergerakan dan diharapkan dapat mencegah penyebaran Covid-19.
 
Tarikh tamat PKPB yang disasarkan untuk negeri-negeri ini - termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah - adalah 6 Disember.

Di bawah PKPB, perjalanan antara daerah dan antara negeri hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu sementara institusi pembelajaran, pusat jagaan kanak-kanak dan pusat hiburan mesti ditutup.

Rakyat perlu terus kelangsungan hidup, kata Lim


Sebahagian aktiviti sosial, budaya dan keagamaan tidak dibenarkan sementara waktu perniagaan terhad untuk pasar menjual makanan dan stesen minyak.


Untuk rekod, PKPB mula dilaksana di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajayapada 14 Oktober lalu, ia kemudian disambung sehingga kini.

Pentadbiran Muhyiddin sebelum ini dikritik kerana pelaksanaanya terdapat arahan dan SOP yang mengelirukan. 


 

Post a Comment

0 Comments