Terdesak sangat pertahan Belanjawan Muhyiddin - Veteran Umno


TINDAKAN Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Shahidan Kassim menyamakan Ahli Parlimen yang tidak mahu menyokong Belanjawan sebagai pengkhianat dibidas veteran Umno, Shahrir Abdul Samad.

Melalui muat naik status di laman facebooknya, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, Shahidan dilihat terdesak mempertahankan belanjawan dibentangkan pentadbiran Muhyiddin Yassin yang menurutnya penuh sarat dengan ‘pengkhianat’.

“Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Belanjawan 2021,” tempelaknya.

Bekas Pengerusi Felda itu turut menegaskan kesemua ahli Parlimen parti Bersatu sudah lazim mengkhianati rakan-rakan dan perjuangan asal mereka.

Malah beliau mempersoalkan tindakan Shahidan yang mempertahankan PN sedangkan menurutnya Barisan Nasional (BN) tidak menjalin kerjasama rasmi dengan PN..

“Dan dia pula MP (Ahli Parlimen) BN. BN bukan dalam PN pun. Jadi, macam mana dia boleh jadi pengerusi ‘backbenchers’ Perikatan Nasional.

“Betul-betul terdesak sangat Datuk Shahidan Kassim sehingga tak sokong Belanjawan 2021 dah boleh jadi pengkhianat.
tempelak Shahrir.

Terdahulu, Shahidan yang merupakan Ahli Parlimen Arau itu memberitahu Dewan bahawa pihak yang menolak Belanjawan 2021 adalah pengkhianat kerana rakyat, terutama yang kehilangan kerja, menunggu bantuan kerajaan.

Sedangkan sebelum ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Najib Razak, pada Selasa mengumumkan sokongan ahli Parlimen gaungan itu kepada Belanjawan 2021 tertakluk kepada pindaan dibuat.

Shahrir sindir Shahidan
Dalam satu sidang media semalam, Shahidan berkata beliau “tersasul” dan tidak tujukan ungkapan ‘pengkhianat’ kepada Najib Razak.

Untuk rekod, Muhyiddin sangat memerlukan undi dari Ahli Parlimen untuk meluluskan Belanjawan ini memandangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai majoriti 2 kerusi di Dewan Rakyat.


BACA
: Mahfuz andaikan belanjawan 2021 dibuat tergesa-gesa

BACA: Apa akan berlaku jika belanjawan PN ditolak?

BACA: Gaji penjawat awam masih boleh dibayar walaupun PN jatuh

Sekiranya Belanjawan itu tertolak, Ahli Parlimen Pagoh itu dianggap sudah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan perlu meletakkan jawatan.


Post a Comment

0 Comments