Lelaki maut jatuh cerun 100 meter

 

SEORANG lelaki maut setelah dipercayai terjatuh dari ketinggian 100 meter ketika sedang mencari sejenis pokok hiasan.


Dalam kejadian di di Gunung Gua Sireh dekat Baling, Kedah semalam, mangsa yang dikenali sebagai Amir Hakimi Md Ali, 22, dari Kampung Padang Che Mas ditemui tidak sedarkan diri di kaki gunung terbabit.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata,  mangsa yang melakukan kerja-kerja kampung telah ke gunung berkenaan pada pukul 10 pagi bersama seorang rakan lelaki yang berumur 32 tahun untuk mencari pokok hiasan (pokok paku aji) sebelum dipercayai terjatuh, kira-kira sejam kemudian.

"Mangsa bagaimanapun dilaporkan terjatuh pada ketinggian kira-kira 100 meter dari lokasi beliau berada," katanya dipetik.  

Tambah Syed Basri, pasukan perubatan yang dikejarkan ke lokasi berkenaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Punca kematian bagaimanapun akan dimaklumkan selepas laporan bedah siasat diperolehi," katanya.

Difahamkan, aktiviti mencari pokok paku aji yang dijadikan hiasan landskap telah lama menjadi sumber pendapatan penduduk setempat kerana boleh menjanjikan pendapatan lumayan.


Post a Comment

0 Comments