MALAYSIA mencatatkan sekali lagi mencatatkan kes baru Covid-19 melebihi 4 angka dalam tempoh 24 lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berkata, sebanyak 1,290 kes dikesan hari ini dengan 5 kes jangkitan dari luar negara manakala selebihnya, 1,285 kes, penularan dalam negara.
Dua negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada hari ini adalah Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes).
Negeri lain yang turut merekodkan kes positif adalah Perak (48 kes) Negeri Sembilan (32 kes), Kelantan (17 kes), Labuan (15 kes), Johor (15 kes), Pulau Pinang (8 kes), Sarawak (8 kes), Kedah (7 kes) dan Melaka (1 kes).
Di Lembah Klang, separuh daripada kes baru mempunyai kaitan dengan Kluster Teratai, yang melibatkan kilang sarung tangan di daerah Kapar, Selangor.
Sebilangan besar kes baru juga ditemui di kluster baru di Selangor yang dikenali sebagai Kapas BJ, yang melibatkan daerah Hulu Langat. Kedua-dua kawasan itu difahamkan mempunyai bilangan pekerja asing yang tinggi.
Empat kes kematian iaitu 2 di sabah manakala satu di Johor dan Perak dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan di Malaysia akibat wabak itu adalah 326.
Angka kematian di Sabah kini mencapai 184 atau 56.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan akibat Covid-19 di negara ini.
4 kematian dilaporkan hari ini |
110 pesakit Covid-19 kini di unit rawatan rapi (ICU), melebihi rekod sebelumnya iaitu 108 pada 3 April. 37 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, 878 pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah seramai 38,132 orang.
Malaysia mencatatkan sekali lagi mencatatkan kes baru Covid-19 melebihi 4 angka dalam tempoh 24 lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berkata, sebanyak 1,290 kes dikesan hari ini dengan 5 kes jangkitan dari luar negara manakala selebihnya, 1,285 kes, penularan dalam negara.
Dua negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada hari ini adalah Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes).
Negeri lain yang turut merekodkan kes positif adalah Perak (48 kes) Negeri Sembilan (32 kes), Kelantan (17 kes), Labuan (15 kes), Johor (15 kes), Pulau Pinang (8 kes), Sarawak (8 kes), Kedah (7 kes) dan Melaka (1 kes).
Di Lembah Klang, separuh daripada kes baru mempunyai kaitan dengan Kluster Teratai, yang melibatkan kilang sarung tangan di daerah Kapar, Selangor.
Sebilangan besar kes baru juga ditemui di kluster baru di Selangor yang dikenali sebagai Kapas BJ, yang melibatkan daerah Hulu Langat. Kedua-dua kawasan itu difahamkan mempunyai bilangan pekerja asing yang tinggi.
Empat kes kematian iaitu 2 di sabah manakala satu di Johor dan Perak dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan di Malaysia akibat wabak itu adalah 326.
Angka kematian di Sabah kini mencapai 184 atau 56.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan akibat Covid-19 di negara ini.
Dengan laporan jangkitan ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 51,680 kes. Ketika ini, sebanyak 13,222 orang sedang dirawat di hospital.

0 Comments