Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA | Isu kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyifatkan Presiden KEADILAN itu tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia di saat negara sedang berhadapan dengan krisis tidak perlu dilayan oleh sang politikus terutamanya daripada parti-parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kepimpinan politik di bawah HARAPAN tidak seharus terjerlus dalam isu yang sudah basi ini. Ia sudah diungkapkan berkali-kali.
Sebenarnya tidak ada yang baharu daripada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyifatkan Presiden KEADILAN itu tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia di saat negara sedang berhadapan dengan krisis.
Ini bukanlah kali pertama bekas perdana menteri membuat kenyataan tersebut. Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa bahawa Presiden KEADILAN itu tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) Plus.
Menurut Perdana Menteri ketujuh itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti untuk menang dalam pilihan raya.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee pernah mendakwa berkata Tun Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana niatnya yang tidak mahu melepaskan jawatan tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jika Dr Mahathir ikhlas, beliau sudah tentu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden KEADILAN itu seperti perjanjian asal Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dibuat sebelum ini.
Jelasnya, rakyat juga sudah melihat cara Dr Mahathir yang mengelak apabila ditanya isu penyerahan jawatan itu oleh sekutunya di dalam HARAPAN sendiri.
Rakyat yang mengikuti perkembangan politik tanah air tanpa mengira ideologi ialah “Benarkah Mahathir tidak mahu Anwar jadi perdana menteri?’ atau “Benarkah Mahathir menghalang Anwar jadi perdana menteri?”.
Kenapa bekas perdana menteri itu masih mengeluarkan kenyatan seperti ini sedangkan dialah yang datang berjabat tangan dengan Anwar di mahkamah untuk membentuk gabungan HARAPAN sebelum PRU14?
Adakah segala apa yang dilakukan Tun Mahathir yang membawa kepada dirinya menyertai kem HARAPAN, kemenangan HARAPAN dalam pilihan raya lepas semata-mata dengan matlamat menghalang Anwar daripada menjadi PM?
Antara beberapa sebab kenapa Tun Mahathir tidak mahu Anwar yang ulang disebut adalah Anwar tidak popular dalam kalangan orang Melayu dan tidak mampu mengemudi negara ketika jika berlaku krisis kewangan bersandarkan krisis kewangan 1997/1998.
Bagi Mahathir, Anwar adalah individu yang tidak akan memperjuangkan orang Melayu atau mempertahankan hak istimewa yang diberikan kepada kaum Melayu oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini pun sudah basi.
Tidak perlu membuang masa untuk merungkaikan kebencian Tun Mahathir terhadap Anwar atau membuat kenyataan berjela-jela menerangkan benarkah Tun Mahathir tidak mahu Anwar menjad PM ataupun ulasan Dr Mahathir dari awal tolak Anwar sebagai PM menerusi sebuah esei. Parti-parti poltik dalam HARAPAN tidak perlu menumpukan perhatian kepada kritikan Tun Mahathir ini.
Jangan ditarik dalam sesuatu yang memecah-belah ukhuwah dan perpaduan dalam HARAPAN ketika berhadapan dengan situasi getir ini.
Tun Mahthir akan tetap konsisten dengan keputusan untuk tidak mahu menerima Anwar menjadi PM, itu sudah muktamad. Apa yang perlu dibuat dengan konsisten juga ialah strategi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan parti-parti dalam HARAPAN tidak harus bergoyah hati dengan pendirian yoyo dan menjaga hati pemimpin tertentu dan ini tentulah menyukarkan HARAPAN untuk memerintah kembali.
Apa yang saya nampak ialah strategi Tun Mahathir dalam cubaan mengalihkan perhatian Anwar daripada undi sokongan HARAPAN kepada Anwar. Tidak ada yang baharu mengenai isu melainkan ingin menarik ahli-ahli politik untuk memberikan ulasan dan perhatian terhadap isu ini.
Apabila Anwar, ahli politik KEADILAN, Amanah dan DAP menumpukan perhatian kepada kritikan Tun Mahathir peralihan isu akan berlaku dan meretakkan hubungan antara parti-parti dalam HARAPAN.

Tak perlu buang masa layan Mahathir |
Apabila Anwar, ahli politik KEADILAN, Amanah dan DAP menumpukan perhatian kepada kritikan Tun Mahathir peralihan isu akan berlaku dan meretakkan hubungan antara parti-parti dalam HARAPAN.
ISMAIL HASHIM YAHAYA adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Komputeran, Universiti Selangor (Unisel).
Artikel ini pertama kali disiarkan di Malaysia dateline dan ia tidak mencerminkan pendirian rasmi Kartel Media
0 Comments