GAJI penjawat awam masih boleh dibayar walaupun jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.
Peguam peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata begitu ketika diwawancara dalam program Jom Channel semalam, merujuk kenyataan menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi peringatan bahawa gaji penjawat awam, pekerja kesihatan dan agihan wang tunai akan tertangguh jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Haniff menegaskan bahawa Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk tidak menyokong belanjawan kerajaan Perikatan Nasional itu jika cadangan mereka tidak diterima, dan aspirasi pengundi tidak dipenuhi.
Malah sekiranya Belanjawan itu ditolak, ia turut bermakna Muhyiddin Yassin tidak lagi memiliki sokongan di Dewan Rakyat dan membolehkan Yang di-Pertuan Agong perlu melantik perdana menteri dan Kabinet yang baru, yang perlu membentangkan belanjawan baru dengan segera, katanya
"Maka orang awam tak perlu anggap jika ahli Parlimen tidak menyokong belanjawan, jika cadangan mereka ditolak, yang mereka tidak mengutamakan negara," katanya lagi.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan menyifatkan kenyataan Zafrul kononnya kerajaan tidak akan dapat membayar gaji penjawat awam dan menjejaskan petugas barisan hadapan sekiranya belanjawan tidak diluluskan sebagai satu ugutan.
BACA:Kenyataan Zafrul berbaur ugutan - Anwar Ibrahim
Walaupun menegaskan bahawa Belanjawan itu mungkin tidak disokong sekiranya tidak dipinda, Anwar menegaskan sekali lagi bahawa soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus terutamanya perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan.
Sementara itu menurut Haniff, sekiranya kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran, kerajaan tersebut boleh membentangkan belanjawan untuk suku pertama sahaja, merangkumi hal-hal penting seperti pembayaran gaji dan dana untuk berdepan Covid-19 berdasarkan Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan.Haniff kritik kenyataan Zafrul
Manakala belanjawan penuh pula boleh dibentang kemudian, jelasnya.
Menurut Perkara 102, jika dalam keadaan "yang luar biasa keterdesakannya", Parlimen boleh membenarkan perbelanjaan bagi "sebahagian" tahun kewangan sehinggalah Rang Undang-undang Perbekalan diluluskan.
0 Comments