Muhyiddin sekali lagi digesa berhenti main 'politik selamatkan diri'


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng mengesa Muhyiddin Yassin agar berhenti dari melakukan tindakan-tindakan yang mengutamakan kelangsungan politiknya sendiri.

Mengulas kenyataan Muhyiddin Jumaat lalu yang dilihat cuba merasionalkan mengapa darurat perlu dilaksana, Lim berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu seharusnya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan memberikan lebih tumpuan kepada usaha memerangi Covid-19 yang kini memasuki gelombang ketiga.

"Muhyiddin harus menghormati titah diraja yang menolak permintaannya untuk mengisytiharkan darurat nasional bagi memerangi Covid-19.

"Daripada menjunjung setia titah diraja seperti yang diperlukan mengikut kapasitinya sebagai perdana menteri, Muhyiddin masih mencuba untuk memberikan alasan perlunya keadaan darurat dan nampak tidak berputus asa untuk membuat permintaan serupa di masa depan," katanya.

Muhyiddin digesa usaha lawan Covid-19
Muhyiddin baru-baru ini 'mengungkit' perihal darurat dengan berkata, dia bimbang Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan memburukkan lagi penularan Covid-19 dan untuk itu hanya pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dapat menangguhkannya.

Seorang wartawan veteran, A. Kadir Jasin mengkritik kenyataan Muhyiddin itu dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan terdesak.


BACA
: Muhyiddin nampak 'desperado' kata wartawan veteran

BACA: Rakyat tolak 'Darurat' , pilih Anwar jadi PM

Sementara itu, Lim yang juga merupakan bekas menteri kewangan menegaskan bahawa tindakan mengisytihar negara dalam situasi darurat akan hanya membawa kesan buruk terhadap ekonomi, keyakinan pelabur, sistem demokratik dan perpaduan nasional.

Ahli parlimen Bagan itu juga mendakwa alasan yang diberikan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat - iaitu bagi mengelakkan pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi di Sabah dan kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak - adalah tidak masuk akal.

Ini kerana jelasnya, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan membenarkan keadaan darurat diisytiharkan di sesuatu daerah tertentu saja dan bukannya di seluruh negara.
 
Kata Lim, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sendiri berpendapat masih ada cara lain untuk mengelakkan PRK Batu Sapi berlangsung, iaitu semua parti bersepakat memberi laluan kepada Warisan mengekalkan kerusi berkenaan.

Langkah Muhyiddin memohon perkenan Agong untuk mengisytiharkan darurat sebelum ini dilihat pengkritik sebagai cubaan ahli parlimen Pagoh itu menyelamatkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Dalam satu kajian dijalankan sebuah badan penyelidik mendapati sebahagian besar responden mewakili rakyat tidak setuju dengan tindakan Muhyiddin itu.

Post a Comment

0 Comments