Rakyat tolak 'Darurat' , pilih Anwar jadi PM


MAJORITI
rakyat dinegara ini tidak bersetuju sekiranya pelaksanaan darurat dilakukan di negara ini.

Rumusan itu berdasarkan pungutan pendapat dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara elektronik menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, Emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

Dalam pungutan pendapat dijalankan IDE yang bermula jam 4 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi, lebih 77 peratus responden menolak usaha perdana menteri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini di ura-urakan cuba mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat.

"Tinjauan yang melibatkan seramai 51,147 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang itu menunjukkan sebanyak 77.39 peratus (39,587 responden) tidak bersetuju dengan pengisytiharan darurat, manakala 22.61 peratus (11,560 responden) pula menjawab setuju," kata hasil kajian tersebut.

Pentadbiran Muhyiddin mendapat kritikan hebat dari rakyat sejak kebelakangan ini, ia susulan peningkatan mendadak wabak Covid-19 di negara ini yang dikaitkan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada akhir September lalu.

Setakat kini negara mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi angka 25,000 kes dengan kes baharu harian melepasi angka 1200 kes pada semalam yang merupakan tertinggi sejak wabak itu melanda.

Beberapa isu antaranya pematuhan SOP dikalangan pemimpin negera memberi persepsi kegagalan kerajaan menangani wabak itu dengan baik, Malah pengumuman berkait arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) turut dikritik rakyat.

Beberapa pemimpin pembangkang turut mengkritik Muhyiddin Yassin yang didakwa cuba menggunakan alasan Covid-19 untuk pengisytiharan darurat. Tindakan itu didakwa bertujuan untuk kepentingan kepentingan politiknya.

Lebih ramai meyakini Anwar sebagai PM
Sebagai rekod, Muhyiddin yang sekali lagi dipersoal keasbahan sokongan diperolehnya perlu membentangkan Belanjawan di Dewan Rakyat pada November ini. Sekiranya tidak mendapat sokongan , natijahnya Muhyiddin secara konvensyen demokrasi berparlimen perlu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, dalam pungutan pendapat serupa dijalankan IDE, sebanyak 49.80 peratus (25,469 responden) menyatakan sokongan supaya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Hasil itu Ia merujuk kepada soalan apakah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia ketika ini.

Hanya 32.49 peratus (16,617 responden) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri selain 17.71 peratus (9,061 responden) pula mahu Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan.


Post a Comment

0 Comments