LIMA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Dewan Negeri Selangor ditegur Speaker, Ng Suee Li kerana tidak mematuhi kod pemakaian ketika sidang DUN hari ini.
Kelima-lima mereka iaitu Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Zakaria Hanafi (BN-Semenyih), Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang), Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar), dan Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) hari ini hadir dengan memakai baju Melayu.
Ng menjelaskan bahawa Adun perlu memakai sut lounge ketika sidang dan baju kebangsaan hanya dibenarkan pada hari Jumaat.
“Pagi ini, saya nampak dalam dewan yang mulia ini, Adun melanggar peraturan yang sudah saya tetapkan. Perkara sama, saya tegaskan kepada Adun Templer (Amanah) sebelum ini.
“Kelonggaran saya berikan pada hari Jumaat iaitu Adun boleh memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Hari ini saya berikan teguran dan esok sila ikut peraturan yang ditetapkan.
Menurut Speaker yang dikenali kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Jawa itu, Adun perlu mematuhi peraturan dewan supaya rakyat dapat melihat mereka sebagai pemimpin yang berdisiplin.
![]() |
Speaker mahu wakil rakyat dilihat berdisplin |
Tambahnya, orang ramai akan gembira jika dia memakai baju Melayu.
Manakala Yunus berkata, peraturan mesyuarat tidak menyentuh kod pakaian.
Bagaimanapun Ng mempertahankan pendiriannya dengan berkata, beliau diberikan kuasa untuk membuat keputusan berhubung kod pakaian lelaki di bawah Peraturan Mesyuarat 87(7) di mana kod pakaian untuk lelaki serta wanita juga telah dinyatakan dengan jelas dalam surat jemputan DUN yang diedarkan.
Enggan membuang masa dengan memanjangkan isu tersebut, Ng kemudian mengarahkan ADUN pembangkang terbabit agar akur kepada ketetapan diberikan.
“Saya mahu lihat anda semua memakai sut esok.” tegasnya.
0 Comments