AHLI Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dilapor hadir di Bukit Aman petang ini dipercayai bagi memberikan keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5).
Ia dipercayai berhubung kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong Mac lalu.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid yang dipetik laporan FMT mengesahkan Mujahid dipanggil bagi memberi keterangan.
“Ye, betul (akan dipanggil ke Bukit Aman),” katanya dipetik.
Mujahid juga turut sempat memuat naik satu ciapan di laman Twitter, yang menyatakan bahawa beliau akan bekerjasama dengan Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Bukit Aman.
“Saya akan beri kerjasama semoga dipermudahkan urusan semua pihak,” tulisnya di laman itu pada Isnin.
![]() |
Mujahid sedia beri kerjasama |
“Kami sedang melakukan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.