TIGA termasuk dua kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah traler membawa muatan simen di Gopeng malam tadi.
Mangsa maut adalah lelaki berusia 30 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia 6 dan 8 tahun.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima panggilan mengenai kejadian traler terbalik kira-kira 10.28 malam tadi.
Sebaik laporan itu diterima, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan jalan raya membabitkan sebuah treler membawa muatan simen terbabas di bahu jalan menyebabkan tiga orang mangsa tersepit.
"Anggota mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kedudukan lori treler dalam keadaan terbalik," kata pihak bomba dalam satu kenyataan.
![]() |
Operasi mengambil masa tiga jam |
Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa turut dibantu BBP Kampar
"Bantuan daripada jentera berat iaitu kren, jentolak dan excavator digunakan bagi mengeluarkan semua mangsa.
"Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira tiga jam. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.19 pagi tadi," katanya.
Susulan itu, mayat mangsa telah diserah kepada polis dan dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.