SETELAH wabak Covid-19 bermula kira-kira 11 bulan lalu, jumlah kumulatif kes positif global berkaitan wabak itu kini telah mencecah 46.8 juta.
Berdasarkan Statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 9.25 juta kes dilaporkan.
Ini diikuti India dengan 8.22 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.54 juta kes.
Negara yang melepasi angka satu juta kes adalah Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Colombia, dan UK.
Negara yang melepasi angka setengah juta kes adalah Mexico, Peru, Itali, Afrika Selatan, Iran, Jerman dan Chile.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 sehingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Iraq, Belgium, Indonesia, Ukraine, Bangladesh, Poland, Filipina, Turki, Belanda, Arab Saudi dan Pakistan.
Sementara itu, sebanyak 22 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 sehingga 200,000 kes.
Kebanyakan negara lain termasuk Malaysia merekodkan angka positif di bawah 100,000.
Sementara itu, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 231,000 kes.
Ia diikuti Brazil dengan lebih 160,000 kes. India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 122,000 dan 91,000 kes kematian.
![]() |
Masyarakat dunia masih berharap |
Kebanyakan negara lain yang terkesan dengan pendemik itu masing-masing masih mencatatkan angka korban dibawah 20,000 kes.
Berdasarkan statistik serupa, seramai 1,205,020 individu telah menjadi korban pendemik yang belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir ini.
0 Comments