SIASATAN polis terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan penyebaran senarai nama Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya disifatkan sebagai 'pelik'.
Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Ketua Pembangkang itu berkata, siasatan itu membabitkan enam kertas siasatan yang kebanyakan kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Bagaimanapun, ketika mengulas perkara itu, Ramkarpal berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh terhadap siasatan tersebut dan pihak anggota polis terbabit juga telah menjalankan arahan diberikan keatas mereka dengan profesional.
“Yang pelik adalah kenapa semua enam laporan disiasat secara tergesa-gesa seperti ini?
“Biasanya mereka mengambil masa untuk menyiasat (kesemua kertas siasatan) dan siasatan melalui tempoh masa tertentu,” katanya.
Biasanya siasatan ambil masa - Ramkarpal |
Warganet sebelum ini mempersoal mengapa pihak yang menyebarkan senarai nama tersebut tidak disiasat.
BACA: Senarai nama urusan bersama Seri Paduka
Anwar ketika ditemui pemberita semalam mengakui bahawa ditanya mengenai senarai nama Ahli Parlimen yang menyokongnya, namun menolak untuk mendedahkan secara terperinci nama tersebut kerana menganggap ia hanya urusannya untuk dengan Yang DiPertuan Agong.
0 Comments