Speaker digesa kaji semula keputusan had jumlah media


SPEAKER
Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun didesak untuk melakukan semakan semula terhadap menyemak keputusan menghadkan jumlah media yang membuat liputan bagi sidang Parlimen akan datang.

Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dengan menegaskan bahawa liputan sidang perlu dilakukan secara terbuka, telus, dan dengan kebertanggungjawaban sebagai memenuhi kepentingan rakyat.

"Dewan Rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak orang awam untuk mendapat maklumat.

"Keputusan oleh Speaker Dewan Rakyat untuk melarang banyak organisasi media daripada membuat liputan langsung boleh dianggap tidak menghormati Dewan dan ia perlu dihentikan," kata bekas timbalan speaker di Twitternya.

Dewan Rakyat akan bersidang bermula 2 November ini.

Sepanjang tempoh itu, hanya 15 organisasi media yang dibenarkan membuat liputan persidangan Dewan Rakyat yang kebanyakkanya merupakan agensi berita arus perdana.

Banyak agenda penting bakal dibahaskan
Portal berita popular dalam talian seperti Malaysiakini dan FMT tidak tersenarai dalam 15 organisasi tersebut dan mereka menghubungi agensi berita Bernama dan RTM milik kerajaan untuk mendapatkan bahan berita.

Sepanjang Dewan berlangsung beberapa agenda penting akan dibahasakan antaranya Belanjawan 2021, yang akan dibentang pada 6 November dan undian pada 23 November.

Ia boleh menentukan sama ada Muhyiddin Yassin memiliki majoriti sokongan atau tidak untuk terus menjadi perdana menteri.

 

Post a Comment

0 Comments