Bekas menteri minta k'jaan berhenti buat rakyat buntu



KERAJAAN disarankan melantik hanya seorang jurucakap bagi menerangkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelak kekeliruan yang timbul dikalangan majikan dan golongan pekerja seperti berlaku kebelakangan ini.

Saranan itu disuarakan bekas menteri sumber manusia M Kulasegaran setelah berlaku kenyataan bertentangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Perdagangan Antarabanga dan Industri (MITI) berhubung SOP untuk bekerja dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

“Arahan kerajaan berhubung bekerja dari rumah (WFH) kerap berubah-ubah sejak 2 hari lalu dan gagal difahami oleh pekerja dan majikan.

“Pekerja dan kumpulan perniagaan buntu, tidak tahu SOP mana yang harus diikuti kerana berlaku kekeliruan mengenai SOP yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri dan menteri MITI Azmin Ali,” katanya.

Tambah Kulasegaran, kedua-dua menteri itu wajar bekerjasama menyediakan SOP yang mudah difahami, seterusnya disampaikan oleh seorang jurucakap dengan jelas dan mudah.

Sebelum ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sistem penyampaian komunikasi dan arahan berhubung PKPB kerajaan kepada rakyat sangat lemah.

Tegasnya, terdapat banyak kekeliruan terkait SOP dan arahan bekerja dari rumah yang diumumkan Menteri berkaitan timbul sehingga jadi bahan jenaka rakyat.

Bekas Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pula berkata, sidang akhbar harian oleh Ismail Sabri sejak kebelakangan ini menjadikan orang awam semakin keliru. 

BACA:  Komunikasi k'jaan lemah, strategi tangani kemelut tidak jelas - Anwar

BACA: Ismail Sabri digesa berhenti buat sidang media 'separuh masak'

Ahli Parlimen Bera itu digesa berhenti dari mengadakan sidang media harian sekiranya ia tidak mempunyai pengumuman substanstif yang dapat membantu rakyat.

Sementara itu, Kulasegaran turut mempersoalkan arahan membenarkan 90% kakitangan pengurusan bekerja dari rumah dan meneghadkan waktu bekerja kepada 4 jam sehari, 3 hari seminggu.

Kula persoal tindakan K'jaan
Menurutnya keputusan itu seperti “tidak masuk akal” dan pekerja berdepan masalah yang tidak perlu yang akan memberi masalah kepada aktiviti perniagaan yang kini sudah pun berdepan tekanan akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan perlu berkomunikasi dengan pekerja, majikan dan persatuan sebelum membuat sebarang keputusan.” tegasnya.

Beliau membuat kenyataan itu selepas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kerajaan gagal berunding dengan pihak yang terbabit sebelum mengumumkan pelaksanaan arahan kerja dari rumah.



 

Post a Comment

0 Comments