MENTERI Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob digesa berhenti mengadakan sidang media hariannya jika ia tidak berkenaan pengumuman substanstif yang dapat membantu rakyat.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, sidang akhbar harian oleh pemimpin Umno itu sejak kebelakangan ini menjadikan orang awam semakin keliru.
"Hentikan kekeliruan, ia akan menghentikan Covid-19! Apa yang paling menakutkan kita ialah sekiranya Covid-19 tidak pun membunuh ekonomi kita, semestinya ketidakcekapan para menteri akan melakukannya!" katanya bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu dalam satu kenyataan.
Orang awam sebelum ini menyuarakan rasa keliru mengenai arahan kerja dari rumah yang diumumkan Ismail Sabri.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Bera itu dalam sidang media harian yang disiarkan di laman Facebooknya hari ini membalas kekeliruan rakyat itu dengan hanya 'tergelak kecil'
"Jadi saya nampak daripada malam semalam huru hara seluruh negara. Ramai yang keliru dan sebagainya walaupun saya dah katakan semalam bahawa pengumumnya adalah secara am, iaitu persetujuan kita untuk mengarahkan kerja dari rumah.
"Dan saya kata hari ini baru akan dikeluarkan secara lebih detail oleh ketua pengarah perkhidmatan awam dan Miti," katanya.

Selaraskan sebelum umum
Sementara itu, Hannah turut menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) memuktamadkan semua prosedur operasi standard (SOP) sebelum dikeluarkan tanpa orang ramai perlu menunggu pengumuman kementerian lain sebagai rujukan.
Menurutnya, SOP panduan bekerja dari rumah (BDR) yang diumumkan sebelum ini terlalu umum dan sangat mengelirukan.
Jelasnya, arahan yang mengelirukan dan 'setengah masak' mengakibatkan ketidakpastian kepada masyarakat terutama komuniti perniagaan dan mereka yang berkeluarga.
Hannah gesa berhenti susahkan rakyat |
"Sektor perniagaan sedang menghadapi suasana kelembapan ekonomi dan berpotensi kehilangan lebih banyak peluang akibat ketidaktentuan ini.
"SOP yang kabur dan mengelirukan turut menyukarkan pegawai penguat kuasa menjalankan arahan dan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan dalam kalangan orang awam," katanya sembil menasihati menteri yang bertanggungjawab segera belajar untuk menyelaras secara bersama sebelum sesuatu keputusan diambil.
Sebagai rekod, isu berkait kekeliruan berhubung SOP dan keputusan yang mahu ditetapkan kerajaan ketara apabila Putrajaya mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang pada 9 Oktober.
Ia kemudian dipinda kepada PKPB yang hanya melibatkan mukim Klang.
Kekeliruan itu telah menyebabkan balai polis sesak kerana golongan pekerja mahu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk ke tempat kerja.
Pengumuman sebelumnya mengenai larangan majlis sosial termasuk kenduri perkahwinan turut dipinda apabila kerajaan bersetuju membenarkan majlis perkahwinan diteruskan di kawasan terlibat dengan syarat mematuhi SOP ditetapkan.

0 Comments