WANITA Pakatan Harapan (HARAPAN) menzahirkan rasa bimbang rakyat Sabah yang berada di beberapa daerah yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) berdepan risiko kebuluran.
Ketuanya, Senator Aiman Athirah berkata, kebimbangan itu timbul setelah berlaku kelemahan dalam menyalurkan bantuan dibawah Program Bakul Makanan oleh kerajaan terutama dimasa yang menurutnya sebagai kritikal.
“Perlu diinsafi bahawa kebanyakan rakyat Sabah masih berada pada tahap kemiskinan, menyara kehidupan dengan bekerja harian. Kais pagi makan pagi, kais petang makan malam.
“Justeru, situasi PKPD akan menyebabkan kebanyakan mereka akan hilang sumber mata pencarian sekaligus tiada apa yang boleh disajikan di atas meja makan.
“Ditambah dengan langkah pelaksanaan PKPD yang kini akan dipanjangkan lagi dari 24 Oktober sehingga 6 November 2020, ia akan menjadi malapetaka besar kepada rakyat kita di sana,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa adalah penting untuk kerajaan Persekutuan bersama kerajaan Negeri Sabah mempertingkatkan penyampaian bantuan makanan dan hak asasi lain termasuk bekalan perubatan ke setiap pintu rumah rakyat yang terlibat.Aiman gesa salur bantuan segera
Sekiranya perkara itu tidak dilaksana jelasnya, penduduk Sabah akan berhadapan dengan risiko kebuluran yang bukan sedikit, malah tidak mustahil sehingga ke tahap kehilangan nyawa yang bukan akibat penyakit Covid-19, tetapi kerana kelemahan dan kegagalan kerajaan dalam memastikan hak asasi rakyat tidak diabaikan.
0 Comments