PRESIDEN Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin digesa menghormati semangat federalisme.
Gesaan
itu dibuat tujuh calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang bertanding
pada pilihan rata negeri (PRN) Sabah susulan kenyataan Muhyiddin bahawa
akan ada lebih banyak bantuan disalurkan sekiranya pengundi Sabah
memilih parti kerajaan persekutuan.
Muhyiddin tegas mereka wajar meletak jawatan jika tidak mahu menghormati semangat federalisme itu.
"Sekiranya
perdana menteri tidak mampu menjunjung semangat federalisme, menjadi
perdana menteri untuk semua negeri, sewajarnya perdana menteri meletak
jawatan.
"Perdana menteri tidak harus mengugut rakyat Sabah dengan mengeluarkan kenyataan sebegini.
"Rakyat
Sabah juga memahami budaya "Cash is King" yang cuba dibawa oleh
kerajaan persekutuan. Kami yakin rakyat Sabah cukup matang untuk menolak
politik helah yang cuba dimainkan oleh kerajaan persekutuan," kata
calon-calon itu.
Ketegasan itu disuarakan pengerusi KEADILAN
negeri, Christina Liew yang bertanding mempertahankan kerusi Dun
Api-Api, Mustapha Sakmud (Tempasuk), Petro Galim (Inanam), Abdul Rahman
Yakub (Klias), Raymond Ahuar (Sook), Alijus Sipil (Tamparuli) dan Sazlye
Donol Abdullah (Matunggong).
Muhyiddin yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (BN) didakwa memainkan isu bantuan ketika berucap dalam lawatan ke Kudat.
![]() |
KEADILAN Sabah selar Muhyiddin |
Bagai Muhyiddin dan PN, keputusan PRN Sabah sangat penting untuk menilai sejauh mana kemampuan sebenar mereka dan akan menjadi panduan kepadanya untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal.
Bagaimanapun di laman sosial, Warisan Plus yang disertai antaranya KEADILAN, DAP dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kini memiliki kelebihan.
Barisan Nasional (BN) dan PN dan beberapa parti tempatan yang menyertai mereka sejak awal berdepan isu kestabilan apabila mereka gagal mencapai kesefahaman dalam beberapa hal termasuk isu pembahagian kerusi dan calon Ketua Menteri.
0 Comments