Bekas Menteri Besar Terengganu meninggal dunia


MANTAN Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dilapor meninggal dunia kira-kira jam 6.20 pagi tadi.

Memetik laporan Bernama, Wan Mokhtar menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur akibat komplikasi jantung. Allahyarham berusia 88 tahun.

Berita kematian Allahyarham disampaikan sendiri oleh anaknya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Wan Abdul Hakim menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya pagi ini, memaklumkan jenazah ayahnya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam Selangor.

Wan Mokhtar berusia 88 tahun
Wan Mokhtar, 88, berasal dari Kuala Terengganu dan berkhidmat sebagai menteri besar Terengganu selama 25 tahun iaitu dari 1974 hingga 1999.

Allahyarham pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi pada tahun 2000 sehingga tahun 2005.
 

Post a Comment

0 Comments