TINDAKAN tergesa-gesa kerajaan negeri Melaka menukar serta-merta pegawai kewangan yang dianggap berkhidmat dengan cemerlang dipersoalkan.
Bekas ketua negeri, Adly Zahari berkata, walaupun pertukaran seseorang kakitangan awam memang bukanlah sesuatu yang aneh, namun tempoh yang tergesa-gesa itu dianggap sebagai luar biasa.
"Pertukaran kakitangan awam adalah perkara biasa, ditukarkan dengan tergesa-gesa adalah luar biasa.
"Pegawai kewangan sedia ada bagi saya cukup cemerlang. (Dia) berjaya meningkatkan pendapatan negeri pada 2019 berbanding 2018 dengan lebihan kewangan sebanyak RM17 juta pada 2019," katanya dalam satu kenyataan yang laporannya disiar sebuah portal.
Sebagai rekod, pegawai kewangan yang dimaksudkan Adly tidak dinyatakan.
Sementara itu jelasnya, pegawai kewangan terbabit telah berkhidmat dengan baik sehingga membawa manfaat kepada negeri itu.
Misalnya, kata Adly, inisiatif seperti skim Rumah Peduli, perkhidmatan bas percuma, bantuan lampin pakai buang, parkir percuma dan kad kesihatan di Melaka dapat dibuat hasil pengurusan kewangan yang cekap oleh pegawai berintergriti.
Pada masa sama, kata Adly, agak mustahil jika Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali, yang mengarahkan pertukaran tersebut kerana kecemerlangan tugas yang dilakukannya.
![]() |
Adly Zahari |
"Yang paling menjadi persoalan, arahan siapa bagi menukar pegawai kewangan negeri?" soalnya.
Sementara itu, Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir Melaka, Idris Haron dipetik laporan Malaysiakini mengesahkan pertukaran tersebut itu.
"Ya betul," katanya ringkas tanpa menyatakan sebab pertukaran berkenaan dibuat.
0 Comments