MUHYIDDIN Yassin tidak sepatutnya menggunakan isu bantuan untuk meraih undi.
Pengerusi Lembaga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) DatuK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin seharusnya menjadi pemimpin kepada semua negeri dan bukan hanya untuk negeri-negeri yang ditadbir parti Kerajaan Persekutuan.
Dr Wan Azizah berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin di Kudat bahawa lebih banyak bantuan dan peruntukan bakal dinikmati Sabah sekiranya kepimpinan kerajaan negeri sebaris dengan kerajaan Persekutuan.
“Kerajaan Pakatan Harapan dahulu sentiasa mengutamakan kebajikan yang saksama.
"Di bawah protfolio saya sendiri saya telah memberi geran RM10 juta untuk penubuhan 65 buah Taska antaranya di Jabatan Penjara Negeri Sabah, MRSM Tun Mohamad Fuad Stephen, Sandakan, Universiti Malaysia Sabah (Cawangan Sandakan) dan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran).
“Pada tahun lalu, kerajaan HARAPAN telah membantu seramai 496,518 orang penerima bantuan di seluruh negara melalui peruntukan sebanyak RM1.765 billion di bawah Bantuan Sosio Ekonomi JKM.
“Daripada jumlah itu, RM165 Juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA Sabah) yang memberi manfaat kepada 40,743 orang penerima bantuan,” kata bekas Perdana Menteri itu.
Sementara itu, Dr Wan Azizah turut menegaskan bahawa Warisan Plus di Sabah merupakan pilihan terbaik untuk rakyat di negeri itu.

![]() |
Wan Azizah seru rakyat Sabah mengundi |
Sambil menyeru seluruh rakyat Sabah keluar mengundi pada 26 September ini, beliau mengingatkan bahawa 22 bulan HARAPAN mentadbir bersama Warisan di Sabah, telah banyak polisi yang berteraskan kebajikan rakyat dilaksana.
beliau turut menasihati pentadbiran Muhyiddin meneruskan usaha murni Kerajaan HARAPAN merencana pembangunan di Sabah dan Sarawak.