RAKYAT Sabah diberi pilihan sama ada mahu mengekalkan Datuk Seri Shafie Apdal atau memilih Musa Aman bagi mengepalai pentadbiran negeri itu.
Ia susulan keputusan Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Ketua Menteri, Shafie dalam sidang media hari ini berkata Juhar menyatakan perkenannya dalam pertemuan pagi ini.
"Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).
"Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan," katanya dalam sidang media yang turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.
Semalam, Musa Aman yang merupakan Adun Sibuga mendakwa beliau telah memiliki majoriti mudah untuk mengambil alih pentadbiran dari Shafie dan membentuk kerajaan negeri baru.
Beberapa pemimpin dalam kerajaan negeri sedia ada turut dilapor 'bersekongkol' bagi menumbangkan kerajaan negeri yang dipilih rakyat pada pilihan raya lalu.
Khabar angin tentang usaha menumbangkan pentadbiran Warisan di Sabah sudah bertiup sejak beberapa minggu ini dengan dakwaan usaha dijalankan untuk menarik sokongan Adun kerajaan untuk menukar sokongan.
"Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan," kata Shafie dalam sidang media sebentar tadi.
Sehubungan itu bagi menamatkan keadaan tidak menentu itu, Shafie berkata sudah sampai masanya untuk menyerahkan kembali pilihan menentukan kerajaan Sabah kepada penduduk negeri itu.
"Dalam jangka masa 60 hari (tempoh pilihan raya perlu diadakan), saya masih caretaker, masih jadi ketua menteri mentadbir Sabah.
"Sehinggalah SPR umum tarikh (pilihan raya), baru kita pilih dan pilihan kena tepat - sama ada pilih Musa Aman, Bung Moktar Radin, (Ketua Bersatu Sabah dan Adun Sulaman) Hajiji (Noor), Anifah Aman atau Shafie Apdal," katanya lagi.
Untuk rekod, Dun Sabah terdiri daripada 65 kerusi. Jumlah itu terdiri daripada 60 kerusi wakil rakyat dan lima lagi merupakan kerusi Adun dilantik.
Bagaimanapun difahamkan bahawa Adun dilantik tidak dapat menentukan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri.

0 Comments