KERAJAAN Negeri Sembilan yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menunaikan janji menukar status tanah perumahan daripada pajakan kepada hak milik kekal.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebagai permulaan permohonan terbuka kepada dua kawasan iaitu Taman Marida, Senawang dan Gedung Lalang 162, Ampangan.
"Menjadi sejarah buat kerajaan Negeri Sembilan kerana kita telah luluskan empat daripada sembilan permohonan menukar status tanah dari pajakan kepada hak milik kekal.
"Tiga di Taman Marida dan satu di Gedung Lalang 162 yang mana pemiliknya berusia 51,55 dan 78 tahun," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri semalam.
Sebagai rekod, parkara itu sebahagia manifesto dikemuka Pakatan Harapan (HARAPAN) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Aminuddin berkata, buat masa ini tiada had tempoh permohonan ditetapkan bagi permohonan itu dan selepas ini akan dibuat di kawasan lain pula secara berperingkat.
"Dua taman ini adalah 'pilot project'. Kita nak lihat bagaimana proses dan pelaksanaannya. Diharap mereka yang layak dapat mohon kerana ini peluang baik buat mereka.
"Jika berjalan lancar selepas itu baru kita akan buat di tempat lain. Akan ada jadual disediakan," katanya sambil menyeru penduduk di kedua-dua kawasan berkenaan untuk membuat permohonan segera di Pejabat Tanah dan Daerah supaya proses pertukaran dapat berjalan lancar.

0 Comments