KEADILAN bakal hukum Adun sokong Musa Aman


PARTI
Keadilan Rakyat (KEADILAN) sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk pengkhianatan terhadap mandat diberikan rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Justeru, tindakan terhadap  Adun Inanam merangkap Naib Pengerusi KEADILAN Sabah, Kenny Chua akan diambil sekirnya benar telah menyokong bekas ketua menteri, Musa Aman untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

“Tindakan tegas akan diambil,” kata Ketua Penerangan parti itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin dipetik FMT.

Semalam, Musa Aman mengadakan sidang media yang memaklumkan beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Sabah yang baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun di negeri itu.

Musa dilaporkan berkata, beliau sudah menerima surah akuan daripada Adun yang mengesahkan pendirian mereka untuk menyertai gabungan baru yang akan diketuainya.

Beliau berkata, gabungan itu merangkumi wakil rakyat daripada Umno Sabah, PPBM, STAR, PBS dan Adun PKR, DAP, Warisan serta Upko.
https://t.me/kartelmedia
Chua dikenal pasti sebagai antara Adun yang menghadiri sidang media tersebut.

Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Sabah,  Christina Liew Chin Jin menyuarakan rasa terkejut Chua akan berpaling tadah.

“Saya betul-betul terkejut. Beliau patut melakukan perkara terhormat dan meletak jawatan dalam parti.”

Sebagai rekod, KEADILAN pada Rabu memaklumkan telah mengeluarkan surat tuntutan ganti rugi RM10 juta setiap seorang terhadap 20 bekas anggota Parlimen dan Adun dari parti itu.

BACA:
KEADILAN tuntut RM10 juta dari 20 bekas pemimpin

Ia susulan tindakan mereka keluar parti berkenaan.

Jumlah pampasan itu telah dinyatakan sebagai syarat dalam dokumen yang ditandatangani mereka yang menjadi calon mewakili parti itu dalam PRU14 lalu.

Post a Comment

0 Comments