PN batal program subsidi petrol bersasar

 
KERAJAAN
Perikatan Nasional (PN) telah membatalkan program subsidi petrol (PSP) bersasar diusaha Pakatan Harapan (HARAPAN) yang tujuannya meringankan beban kewangan rakyat.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid di Dewan Rakyat hari ini.

"Keputusan dibuat pada 9 Julai lalu semasa pertemuan antara kementerian ini dengan kementerian kewangan berdasarkan beberapa alasan," kata Rosol di Dewan Rakyat hari ini.

Difahamkan, pembatalan program itu dipersetujui kementeriannya bersama Kementerian Kewangan (MoF) atas alasan ada perbezaan harga petrol antara semenanjung, Sabah dan Sarawak.
https://t.me/kartelmedia
Pada November 2018, Kerajaan HARAPAN melalui Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika itu  menyatakan untuk meneruskan program tersebut, pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Pada Oktober lalu, menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna ketika itu, Saifuddin Nasution mengumumkan pelaksanaan PSP dengan sejumlah RM2.4 bilion diperuntukkan.

Peruntukan yang disediakan menerusi Belanjawan 2020 tersebut dijangka akan memanfaatkan sejumlah lapan juta orang daripada kelompok B40 dan M40.

Bagaimanapun, program itu yang sepatutnya dimulakan pada Januari lalu ditangguhkan sementara.

Sementara itu Rosol berkata, pembatalan program itu juga bagi mengelakkan berlakunya jurang harga petrol yang tinggi di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Ia juga bagi mengelakkan timbulnya keraguan dalam kalangan rakyat berkenaan ketelusan dalam pemberian subsidi itu.
 

Post a Comment

0 Comments