Quantararo jadi ancaman Marques musim depan


PELUMBA pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo Fabio Quartararo dijangka mampu memberi saingan kuat pada persaingan MotoGP musim ini.

Ia susulan prestasi luar jangkaan ditunjukkan Quartararo sepanjang sesi ujian pramusim yang baru berakhid di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berakhir semalam.

Turun dengan jentera Yamaha YZR-M1 baharu, pelumba perancis itu mendominasi sesi ujian yang diadakan.

Quantararo merakamkan masa terpantas satu minit 58.349 (s) selepas melengkapkan 17 pusingan pada Ahad.

BACA:
MotoGP-Quantararo dapat jentera factory 

Sehari sebelumnya, Quantararo yang dijulang sebagai Rookies of The Year (ROTY) musim lalu melengkapkan masa terpantas satu minit 58.572 saat (s) pada Sabtu.

Ia 0.069s lebih pantas daripaa pelumba Pramac Racing, Jack Miller (1:58.641s) diikuti pelumba berpengalaman, Dani Pedrosa dari Red Bull KTM dengan catatan masa 1:58.662s.

“Saya benar-benar positif. Saya sungguh gembira dapat menyesuaikan diri dengan jentera ini. Sukar untuk melaras jentera baharu supaya menjadi lebih bagus dalam satu hari.

“Kami harap untuk meningkatkan lagi usaha ke atas jentera ini, kami perlu memperbaiki sedikit lagi dalam aspek kelajuan kerana saya tidak berasa selesa sepenuhnya.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan itu.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali baru-baru ini mendedahkan  Quartararo bakal berlumba dengan jentera sama digunakan jaguhan Yamaha Valentino Rossi sepanjang musim depan.

Post a Comment

0 Comments