Bekas MB Perak digesa mohon maaf pada rakyat


BEKAS Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dituntut membuat permohonan maaf terbuka kepada rakyat mengkhianati mandat yang diberikan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Gesaan itu dibuat Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak susulan peletakan jawatan Ahmad Faizal semalam.

Gabungan itu berkata, mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat yang dibentuk parti kalah dalam pilihan raya umum ke-14 lalu.

Malah mereka turut mahu menuntut sidang khas Dewan Undangan Negeri diadakan segera untuk menentukan siapa yang mempunyai majoriti.

“HARAPAN Perak akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku dalam krisis rampasan kuasa ini demi mempertahankan mandat rakyat,” kata gabungan itu dalam kenyataan.

Pada Isnin, Faizal dilaporkan berkata, Perak membentuk gabungan baru itu terdiri daripada 4 Adun PPBM, 25 Adun Umno dan 3 lagi PAS, menjadikan semuanya 32 daripada 59 kerusi DUN.

Selain Faizal dan Zainol Fadzi (Sg Manik), 2 wakil rakyat PKR turut menyertai PPBM, iaitu Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).

Beberapa individu lain termasuk dua Exco dan seorang walul rakyat dibawah pentadbiran Ahmad Faizal juga mengumumkan meninggalkan HARAPAN sebaik Perikatan Nasional mengisytiharkan mendapat majoriti.

Pemuda Amanah dalam satu kenyataan sebelum ini mengkritik tindakan bekas Ketua Pemudanya Hasnul Zulkarnain Abd Munaim meninggalkan HARAPAN dan menyifatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan.

Post a Comment

0 Comments