PENDUDUK sekitar Bandar Rawang kini mampu menarik nafas lega apabila laluan Pintasan Bandar Baru Rawang dibuka secara rasmi kepada awam malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang Chua Wei Kiat berkata, setelah 10 tahun, pintasan berhampiran Bandar Rawang itu akhirnya dapat digunakan.
"Selama ini Jalan Bandar Rawang hanya dibuka dari arah Kampung Datuk Lim Kim Sai manakala jalan menghala ke Kuala Lumpur ditutup atas isu teknikal seperti geografi tanah dan kedudukan pintu utama masjid berdekatan yang menimbulkan isu keselamatan.
"Pintasan ini dijangka membantu mengalihkan aliran trafik terutama kenderaan dari Bukit Rawang Jaya dan Hulu Selangor dengan pengguna jalan raya tidak lagi perlu masuk ke pusat bandar sebaliknya boleh terus menghala ke Kuala Lumpur," katanya dipetik Bernama.
Chua sebelumnya hadir pada majlis merasmikan pintasan itu bersama Ahli Parlimen Selayang William Leong semalam.
Sebelum ini laluan pintasan kira-kira satu kilometer yang dimajukan oleh Mahumas Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Kerja Raya tidak dapat digunakan kerana laluan keluar pintasan itu terletak terlalu hampir dengan pintu masuk ke Masjid pekan tersebut sekaligus membangkitkan isu keselamatan.
Bagaimanapun, masalah itu dapat diselesaikan menerusi beberapa sesi perbincangan bersama pelbagai pihakdengan lokasi pintu masuk ke masjid dialihkan ke laluan lebih bersesuaian.
Dengan pembukaan pintasan itu, ia dijangka dijangka menjimatkan masa perjalanan ke Kuala Lumpur sehingga 15 minit selain mengurangkan kesesakan sekitar bandar tersebut.
Sementara itu, Leong berharap projek naik taraf dan melebarkan Jalan FT3209 dari arah pusat bandar Rawang ke Batu Arang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di depan Tol PLUS Rawang dapat disegerakan.
Isu mengenai status projek naik taraf itu jelasnya menjadi tanda tanya setelah kerajaan persekutuan bertukar tangan.
"Kerajaan terdahulu secara prinsip telah meluluskan peruntukan projek itu namun selari dengan pertukaran kerajaan, status sama ada ia diteruskan atau tidak masih menjadi tanda tanya," katanya.
Isu mengenai status projek naik taraf itu jelasnya menjadi tanda tanya setelah kerajaan persekutuan bertukar tangan.
"Kerajaan terdahulu secara prinsip telah meluluskan peruntukan projek itu namun selari dengan pertukaran kerajaan, status sama ada ia diteruskan atau tidak masih menjadi tanda tanya," katanya.
0 Comments