BEKAS Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa parti itu perlu bergerak kehadapan.
Pendirian itu disuarakan Khairy setelah ada pemimpin parti itu menurutnya masih mahu bekas presiden parti itu, Najib Razak kembali menerajui Umno sebagai presiden walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah baru-baru ini.
“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai presiden Umno.
"Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baru untuk memimpin Umno," katanya dipetik Awani.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Sementara itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut melahirkan rasa kecewa apabila kenyataanya dipertikai pemimpin yang rapat dengan Najib.
“Tengku Razaleigh cakap benda yang sama. Tetapi mungkin kerana Tengku Razaleigh adalah negarawan yang senior, tiada siapa yang berani untuk tegur, atau perli beliau.
“Bukan hendak samakan saya dengan Tengku Razaleigh. Tetapi oleh kerana saya ialah KJ.. semua saya kena kecam, dan saya kena kritik terutamanya orang-orang kuat Najib,” katanya lagi.
0 Comments