BEKAS pegawai bekas isteri perdana menteri, Rizal Mansor didakwa memberi tekanan agar Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak) menaja keluarganya untuk melaksanakan umrah di Mekah.
Rayyan Radzwill, bekas rakan perniagaan syarikat tersebut membuat dakwaan itu ketika perbicaraan kes rasuah terhadap Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi semalam.
"Dia menekan saya dan kerana ia adalah umrah, saya minta dia (Saidi) untuk beri (wang) dan Saidi setuju," kata Rayyan ketika pemeriksaan balas dengan peguam bela Akberdin Abdul Kader.
Wang tersebut jelasnya didapatkan dari pengarah urusan syarikat tersebut, Saidi Abang Samsudin.
Sementara itu, Rayyan yang menjadi saksi pendakwaan ke-16 ketika disoal mengenai bayaran yang didakwa diterima Rizal daripada Jepak antara 2016 dan 2017 berkata dia tidak sedar berkenaan dakwaan bayaran berjumlah RM350,000 yang dibuat tujuh kali (RM50,000 bagi setiap peringkat).
"Saya tak sedar...Tetapi ada sekali dia pergi umrah," katanya, mengimbas kembali bagaimana Rizal memintanya agar meyakinkan Saidi untuk menaja perjalanan itu..
Rayyan juga mengesahkan keterangannya sebelum ini bahawa dia menemani Saidi ke rumah Rizal di Segambut pada 23 Disember 2016 dan membuat bayaran RM500,000 sebagai "habuan" membantu Jepak mendapatkan projek solar hibrid Kementerian Pendidikan.
Dia juga setuju dengan cadangan Akberdin bahawa dia berulang kali menasihati Saidi agar berhati-hati dalam soal wang tunai.
Berhubung soalan berkenaan pertemuannya di rumah Rosmah pada September 2017, Rayyan menegaskan dia tidak tahu yang Saidi ketika itu membawa wang tunai berjumlah RM1.5 juta, sehinggalah diberitahu tentangnya selepas pertemuan selesai.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Saidi sebagai habuan atas bantuan mendapatkan kontrak bernilai RM1.25 bilion kepada Jepak menerusi rundingan terus.

0 Comments