PARTI komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) serta Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) disaran menggunakan logo Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.
Saranan itu dibuat Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Khairuddin Daud bagi memberi isyarat kepada rakyat Sabah bahawa mereka memberikan “sokongan tidak berbelah bagi” kepada pentadbiran kerajaan negeri dipimpin Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang cuba 'diruntuhkan' musuh politik mereka sebelum ini.
"Meskipun diugut, ditekan dan cuba dibeli oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Warisan tetap bertahan mempertahankan mandat rakyat Sabah sehingga DUN dibubarkan.
"Rata-rata rakyat Sabah khususnya anak muda menolak pemimpin yang disifatkan sebagai 'katak' dan kecewa terhadap sikap pemimpin politik yang mementingkan periuk nasi sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu jelasnya, penggunaan satu logo itu“sebagai tanda solidariti kita mempertahankan mandat rakyat pada PRU-14 dan menolak pemimpin-pemimpin politik yang tidak berprinsip.”
Shafie mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 30 Julai lalu bagi mengembalikan mandat memilih kerajaan negeri kepada rakyat di negeri itu.
Tindakan itu dibuat apabila timbul kemelut politik selepas bekas Ketua Menteri, Musa Aman mendakwa mempunyai cukup sokongan bagi membentuk kerajaan baharu di negeri Sabah.
BACA: 'Kesetiaan' faktor penting pilih calon

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Shafie menegaskan bahawa 'kesetiaan' pemimpin kepada parti akan menjadi kriteria utama dalam memilih calon Warisan dan sekutunya dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
0 Comments