Lori rempuh, heret 4 kenderaan dalam gaung



SEORANG
pemandu lori tangki maut setelah lori dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung berhampiran Kem Batu 5 di Temerloh petang semalam.

Dalam kejadian itu juga kenderaan dipandu lelaki tersebut turut merempuh empat buah kenderaan lain selain menyebabkan sebuah rumah berhampiran kawasan nahas terbakar dan musnah.
https://t.me/kartelmedia
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman dipetik berkata, identiti pemandu lori tersebut bagaimanapun masih belum dikenalpasti.

Keadaan di tempat kejadian
Hasil siasatan awal pihak polis percaya lori terbabit dari arah Lanchang ke Temerloh itu hilang kawalan lalu merempuh tiga buah kereta iaitu jenis Perodua Kelisa dan dua buah kereta jenis Proton Wira yang diletakkan di tepi jalan.

"Lori yang tidak membawa muatan itu kemudiannya terbabas lalu melanggar sebuah van di hadapan sebuah rumah dan terjatuh ke dalam gaung.

"Kejadian menyebabkan kereta Kelisa terbakar. Kereta Wira pula terbakar dan terjatuh ke dalam gaung bersama sebuah lagi kereta jenis sama (Wira)," katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa tambahnya meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersebut, dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk proses bedah siasat.

"Punca terbakar masih disiasat," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments